Monday, January 31, 2011

I'm dreaming of my maternity leave....

Ya, saya sungguh tidak bersemangat untuk berkerja lagi.

Badan saya semakin berat dan belakang saya semakin sakit.

Walaupun saya banyak kerja di ofis yang memerlukan perhatian, saya sudah tidak kisah lagi. Saya sedang mengambil masa untuk menyiapkan kerja yang semakin bertimbun.

Hari ini saya duduk di rumah dengan alasan menunggu posmen, dengan harapan dapat menghabiskan kerja yang tertunggak. Namun begitu, kerja tetap tidak tersentuh dan saya menghabiskan masa menonton televisyen dan internet.

Masalahnya saya kagum, kerana biasanya saya akan panik. Tetapi kali ini, saya tidak kisah lagi.

Kerana saya tidak sabar untuk bercuti dan duduk dirumah berehat sambil menunggu ketibaan bayi saya.

Ya, saya sungguh tidak bersemangat untuk bekerja lagi.

Sekian.

No comments: